2 kanak-kanak maut motosikal langgar tiang elektrik

0
1

DUA kanak-kanak lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas sebelum terlanggar tiang elektrik dalam kejadian di Kampung Nerus, Kubang Semang, Pulau Pinang hari ini.

Insiden jam 2.45 petang itu menyebabkan Muhammad Izzani Hakimi Mohd Izzat dan rakannya masing-masing berusia 11 tahun maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi dua mangsa itu terbabas sendiri sebelum melanggar tiang elektrik lalu tercampur ke kawasan semak di kiri jalan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shafee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ami Syuqri di talian 013 418 4072 atau 04 538 2222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan video dan gambar berhubung kemalangan yang menimpa dua kanak-kanak itu.

Menerusi video tersebut, kedua-dua mangsa dilihat tercampak ke dalam semak dan berikutan impak kemalangan berkenaan, beberapa individu mengutip cebisan otak milik mangsa – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here