Asyraf Wajdi janji bawa isu KWSP dalam PAU

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan akan menyentuh isu tuntutan rakyat berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Asyraf Wajdi berkata, beliau ketika ini sedang giat menyiapkan Ucapan Dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno, serta berharap semua perkara dipermudahkan.

“Masih pulun menyiapkan Ucapan Dasar untuk Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khamis ini. Isu KWSP sudah pasti akan disentuh juga.

“Mohon doakan saya agar dipermudahkan, dilapangkan fikiran dan dilancarkan urusan untuk menyiapkan ucapan yang penting ini,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Semalam, Asyraf Wajdi berkata, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak memberi gambaran sebenar isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bidasnya, Tengku Zafrul hanya mengemukakan pelbagai alasan dangkal kerana dari awal beliau sememangnya mahu menolak i-Citra.

“Yang sebenarnya, KWSP tidak perlu menjual aset kewangan pegangan KWSP ke dalam pasaran seperti mana yang disebut oleh Menteri Kewangan bagi mencairkan aset untuk pelaksanaan i-Citra.

“Kerajaan punya kuasa bagi mengarahkan Bank Negara untuk membeli sementara aset-aset Kewangan KWSP yang hendak dicairkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here