Onn Hafiz MB Johor yang baharu

0
2

TEKA-TEKI siapa Menteri Besar Johor yang baharu berakhir sebentar tadi apabila Datuk Onn Hafiz Ghazi sah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu melafaz sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, hari ini.

Datuk Onn Hafiz Ghazi sah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Terdahulu, kenderaan yang dipercayai membawa Onn Hafiz dilihat memasuki pintu belakang Istana Bukit Serene pada jam 1.47 petang.

Kira-kira jam 3.37 petang, kenderaan rasmi yang membawa Onn Hafiz kelihatan keluar dari pekarangan Istana Bukit Serene setelah selesai menghadap Sultan Johor.

Turut dikesan meninggalkan pintu belakang Istana Serene ialah kenderaan yang membawa bekas Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad pada jam 3.39 petang.

Semalam, Hasni dalam satu kenyataan telah memohon agar orang muda diberi laluan untuk memimpin Kerajaan Negeri Johor.

Hasni yang juga ADUN Benut itu berkata, cadangan itu berlandaskan faktor sokongan dan kedudukan anak muda yang penting dalam pembangunan Johor.

Semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengangkat Hasni sebagai calon tunggal Menteri Besar sekiranya gabungan itu menang, malah turut dijadikan poster boy sepanjang kempen berlangsung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here