Semangat kemenangan mewarnai PAU 2021

0
1
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan

SEMANGAT kemenangan serta kesyukuran akan mewarnai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bermula Rabu ini selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sudah pasti kemenangan PRN Johor yang baru diraih pada Sabtu menjadi suntikan semangat kepada 5,571 perwakilan dari seluruh negara yang akan hadir.

“Semangat kemenangan dan rasa penuh kesyukuran kerana kemenangan PRN Melaka, semangat kesyukuran kerana kemenangan PRN Johor akan dibawa bersama oleh perwakilan Umno.

“Jadi, siri kemenangan BN dan rakan BN beri nafas kepada Umno dan perwakilan, ia akan mewarnai perhimpun kali ini, Umno bangkit, BN bangkit untuk meneruskan perjuangan menerajui negara,” katanya dalam sidang media, hari ini.

PAU 2021 dijangka menjadi tumpuan selepas BN berjaya memenangi dua PRN berturut-turut sekali gus memberi tekanan supaya pilihan raya umum diadakan segera.

Perhimpun kali ini akan berlangsung selama empat hari dan akan berakhir Sabtu nanti.

Ketika diminta mengulas mengenai kemenangan BN dalam PRN Johor, namun didakwa gagal memenangi undi popular yang memihak pembangkang.

Ahmad berkata, sistem demokrasi Malaysia tidak berasaskan undi popular sebaliknya siapa memiliki majoriti dia memenangi kerusi.

“Sistem demokrasi di Malaysia bukan guna sistem populara, tapi siapa yang sampai awal (capai majoriti) dia menang.

“Dia pembangkang tak boleh campur unid Pakatan Harapan (PH), undi Pejuang undi, undi Bebas, tak boleh. Bukan itu sistemnya,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai sokongan pengundi muda yang pertama kali mengundi, Ahmad berkata, kemenangan BN di Johor turut disumbang oleh kumpulan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here