Khairuddin umum keluar PAS

0
1
KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika hadir pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) di Bangunan Baharu Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan keluar daripada parti itu, sebentar tadi.

“Menyerah satu surat merujuk kepada Perlembagaan PAS fasal 15 (1) pemberhentian ahli dengan permintaan sendiri kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada jam 2.30 petang tadi.

“Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya alasan meninggalkan parti, beliau bagaimanapun berkata, perkara itu sukar untuk dijawab.

“Saya sayangkan PAS. Saya ‘kekal PAS’ Insya-Allah tetapi bukan sebagai ahli organisasi kekal, tetapi kekal dengan matlamat perjuangan dasar dan tujuan Insya-Allah.

“Agak berat untuk saya memohon berhenti tetapi itu peruntukan perlembagaan yang ada, memohon berhenti dengan sendiri,” katanya

Beliau turut memaklumkan dirinya kini adalah Ahli Parlimen bebas.

“Justeru, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli selama 33 tahun, sejak 1989 ketika berusia 16 tahun.. dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepemimpinan sejak 1999.

“Daripada AJK dan ketua pemuda PAS kawasan hingga jawatankuasa PAS Pusat dan majlis syura ulama dengan jawatan tertinggi dan terakhir sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama,” katanya.

Mohd Khairuddin turut mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana memberikan peluang menjadi calon pilihan raya sebanyak dua kali seterusnya menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus sejak 2013 dan menimba pengalaman sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti.

Pada 14 Januari lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan pengguguran Mohd Khairuddin daripada barisan Jawatankuasa PAS Pusat selepas kira-kira dua bulan dilantik.

Beberapa minggu selepas itu, Abdul Hadi turut menggugurkan jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama yang disandang Mohd Khairuddin berikutan masalah disiplin yang tidak diperincikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here