Zahid: Tiada kerjasama dengan pembangkang jika menang dua pertiga

0
1

PENGERUSI BN, Datuk Seri Ahmad Zahid memberi bayangan BN sedia bekerjasama dengan pembangkang jika parti itu berjaya membentuk kerajaan.

Ahmad Zahid juga berkata BN sedia mempertimbangkan peruntukan buat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang jika memimpin kerajaan Johor.

“Setakat ini kita buka pintu untuk kerjasa dengan mana-mana parti yang berdaftar.

“Tetapi kalau kita dapat (majoriti) dua pertiga maka kerjasama tak bererti,” katanya di Johor Bahru, petang ini.

Bagaimanapun Ahmad Zahid menunjukkan keyakinan bahawa BN mampu membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga.

Pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini telah ditutup dan proses pengiraan undi sedang berlangsung.-Malaysiapost.

Kredit: FB Dato’ Abdul Rahman Dahlan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here