PARTI Warisan Sabah (Warisan) menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan terdapat pusat mengundi ditutup lebih awal daripada masa sepatutnya.
“Saya dapati dan dimaklumkan ada pusat-pusat mengundi yang ditutup awal dari masa sepatutnya.
“Jika benar, kita tuntut penjelasan SPR berkenaan perkara ini. Hak pengundi tidak boleh ditolak tanpa ada penjelasan yang munasabah berlandaskan kepada undang-undang sedia ada.
“Demokrasi adalah meraikan kepelbagaian dan juga perbezaan fahaman dan juga ikutan politik. Justeru setiap warganegara bebas memilih tanpa ada paksaan dan tekanan oleh mana-mana pihak,” katanya.
Terdahulu tular video di media sosial memaparkan individu dipercayai pengundi mendakwa tidak dibenarkan mengundi kerana pusat mengundi ditutup awal. – Malaysiapost

