Ahmad Maslan ceria, petanda BN menang di Johor?

0
2

KELIBAT Datuk Seri Ahmad Maslan yang muncul secara ‘live’ menerusi Facebook BN Coms seakan memberi bayangan Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dengan wajah ceria, kesudian Setiausaha Agung Umno itu tampil bual bicara secara langsung itu bagai menggambarkan BN telah mengetahui bahawa mereka sudah menang.

Ahmad kelihatan ceria berbual bersama moderator sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi BN serta seluruh jentera parti yang terlibat dalam PRN Johor.

Namun, Ahli Parlimen Pontian itu tidak menyebut atau memperincikan butiran keputusan tidak rasmi PRN setakat ini.

Keputusan secara rasmi akan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai jam 8 malam ini secara berperingkat.

SPR melaporkan peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus setakat jam 4 petang tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here