Surat bukan kitab suci, kata Najib kepada Dr M

0
1

SEHARI menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyindir Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia susulan lima surat kepada pengundi Johor ditulis Dr Mahathir, antara lain mengajak rakyat Johor menolak Barisan Nasional (BN) yang didakwanya masih dikuasai Najib.

“Lima surat sudah dia tulis pada pengundi Johor. Tok, ini bukan lagi zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

“Orang dah tak main surat terbuka, surat layang dan sebagainya, apatah lagi orang dah tahu segala agenda busuk hati Atok,” tulis Najib di Facebooknya.

Ahli Parlimen Pekan itu turut menyindir Dr Mahathir dengan menyatakan ‘surat bukan kitab suci’, iaitu seperti pernah dinyatakan bekas Perdana Menteri ketujuh itu bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH) bukan kitab suci.

“Surat bukan kitab suci. Ini dah zaman Facebook, Tiktok, Insta, Twitter, WhatsApp, Wichat.

“P.S. Tok, anak kroni (sorry, “individu berkebolehan”) tanding bawah parti MUDA ke?,” katanya lagi.

Sebelum ini Dr Mahathir menulis beberapa siri surat terbuka kepada pengundi Johor yang dimuatnaik di Facebooknya.

Terbaharu semalam Dr Mahathir berkata Johor perlu digunakan untuk menukar kerajaan dari yang gagal dan perasuah kepada parti bersih dan cekap yang dahulu melibatkan pemimpin yang memberi gelaran Harimau Asia kepada Malaysia.

Dr Mahathir berkata tetapi jika bekas-bekas kerajaan ‘pintu belakang’ yang juga ahli perasuah dipilih kali ini tentulah sia-sia sahaja pilihan raya diadakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here