Jep Sepahtu positif Covid-19

0
1

PELAWAK dan penyampai radio, Jep Sepahtu disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan Covid-19, hari ini.

Berita itu dimaklumkan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin menerusi video di Instagram miliknya, sebentar tadi.

Menerusi video itu memaparkan pasukan barisan hadapan daripada Megaklinik Zahran melakukan ujian calitan di kediaman Jep dan hasil keputusan menunjukkan dirinya positif manakala isterinya yang juga pelakon, Sari Yanti negatif.

Dalam pada itu, di ruangan laman sosial yang sama, Jep memohon orang ramai mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan untuknya dan keluarga.

“Doakan kami satu keluarga ya, moga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik seperti sediakala.

“Menurut yang swab tadi, Sari baru start nak positif.. Terus terpikir anak-anak. Moga Allah permudahkan urusan kami. Terima kasih @kumpulan_megaklinik_zahran,” tulisnya.

Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here