
SERAMAI 1,078,539 atau 30.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.
Menerusi data portal COVIDNOW, seramai 15,157,782 atau 64.4 peratus populasi dewasa di negara ini pula sudah menerima dos penggalak Covid-19 dalam tempoh sama.
Sejumlah 22,931,610 atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,208,205 atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 5,767,943 dos vaksin sudah diberi membabitkan 2,833,876 individu atau 91.1 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,934,067 atau 94.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, keseluruhan sebanyak 62,983 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 18,781 suntikan dos pertama, 1,817 suntikan dos lengkap dan 42,385 suntikan dos penggalak.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini adalah kepada 67,935,466 dos. – Malaysiapost
