SEBANYAK 113 lagi kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 33,497 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 41 daripada 113 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 3,480 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 297,924 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 3,278 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 8,570 kes dirawat di hospital dan 388 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 225 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

