Pemilik rumah PR1MA kesal kediaman ‘dirasmi’ pekerja asing

0
2

PEMILIK rumah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) kesal selepas mendapati kediaman yang dibeli mereka telah didiami pekerja pembinaan terlebih dahulu.

Perkara tersebut disuarakan pengguna Sazriman Parman menerusi ciapan di Twitter, mempersoalkan tindakan pihak pemaju membenarkan pekerja tinggal di rumah PR1MA yang telah siap dibina.

“Gila apa? Beli rumah mahal-mahal kontraktor bagi pekerja duduk dulu. Kesian, tak sempat rasmi rumah sendiri,” katanya.

Dalam ciapan itu juga dimuat naik tangkap layar pengguna Facebook bernama Alin Yusof, yang bertanya status kediamannya di projek perumahan PR1MA yang terletak di Ranggu, Tawau.

“Apa cerita rumah PR1MA Ranggu ini kami yang bayar tapi pekerja yang tinggal,” soalnya.

https://twitter.com/msazriman/status/1501058148303392770?s=21

Hantaran itu disertakan gambar rumah teres yang telah siap, dan kelihatan pekerja pembinaan itu juga membawa ahli keluarganya tinggal di rumah tersebut.

Perkara tersebut menjadi tanda tanya netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan pihak berwajib yang lepas tangan kepada kontraktor pemaju yang menjadikan rumah pembeli seperti ‘rumah kongsi’.

“Kalau kontraktor tidak sediakan konsikong atau dan penuh, dia bagi duduk kat rumah yang separa siap. Ini dan siap elok bagi duduk. Patut pemaju kena tanggung,” kata Omar Amir.

“Siap bawa anak bini wei. Kalau jadi dekat aku tak tahu nak buat macam mana. Mereka kata sudah lima tahun tapi tak dapat kunci lagi, bayaran dan mula dibayar,” kata seorang pengguna Twitter.

“Rumah saya pun sama, jadi rumah pekerja kontrak pembinaan. Tak tahu nak aduan di mana,” kata Zana Jumaat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here