Kanak-kanak lelaki hilang

0
1

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan hilang sejak Isnin lalu di Taman Riverview, Kuching, Sarawak.

Kehilangan Eric Chang Wei Jie dimaklumkan melalui hebahan Nur Alert dan dikongsi menerusi platform media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk laman Facebook rasminya PDRM.

Laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit dibuat pada jam 7.42 malam Isnin lalu.

“Anggaran tinggi lebih kurang 100 sentimeter (cm). Bentuk badan kurus, berkulit kuning langsat dan rambut pendek/lurus.

“Pakaian terakhir sebelum hilang t-shirt kolar bulat warna biru gelap dan berseluar pendek paras lutut warna hitam,” menurut hebahan Nur Alert.

Hebahan itu turut memaklumkan lokasi kejadian adalah di No 1493, Lorong 2 Taman Riverview, Japan Daya, Kuching.

“Maklumat perhubungan polis, Inspektor Hasmah Abdul Jalil di talian 013-6852210 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 08-2244444,” menurut hebahan itu lagi.

PDRM turut memohon orang ramai membantu untuk berkongsi hebahan berkenaan dalam usaha mengesan Eric Chang Wei Jie. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here