Majikan wajib benarkan isteri kematian suami kerja dari rumah – PM

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634458425485","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

BAGI memastikan wanita Malaysia terus diperkasa, kerajaan mengumumkan enam inisiatif antaranya wanita yang kematian suami dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata memahami kesedihan dan bebanan yang ditanggung oleh wanita yang kematian suami, ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi adalah diwajibkan untuk membenarkan wanita untuk BDR bagi membolehkan urusan keluarga serta peninggalan suami diselesaikan.

Selain itu, beliau berkata, cadangan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam bermodal besar dijangka berkuat kuasa 1 September ini, manakala bagi syarikat tersenarai lain pelaksanaannya dijangka pada 1 Jun tahun depan.

“Bagi menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita, sambutan Hari Wanita wajib dilaksanakan pada 8 Mac setiap tahun di semua peringkat sama ada Persekutuan atau negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut menubuhkan Majlis Wanita Negara, mewujudkan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual dan memantapkan Institusi Hakam di bawah Mahkamah Syariah bagi membantu wanita yang perlu menghadapi proses perceraian panjang.

“Hakam satu kaedah yang diperkenal Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi mengatasi masalah kes-kes perbicaraan berkaitan perceraian yang mengambil masa sehingga memudaratkan pasangan yang ingin bercerai,” katanya.

Perdana menteri berkata, kerajaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut memperkenalkan Akta Pembiayaan Kewangan iaitu pihak bank boleh membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah.

Beliau berkata, pihak bank dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang sudah dibekukan itu kepada isteri sekiranya isteri ada membuat tuntutan yang membabitkan wang Ringgit di mahkamah dan kaedah ini dikenali sebagai Hiwalah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here