
SEBANYAK 77 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 33,305 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 26 daripada 77 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Daripada jumlah tersebut, seramai 291,827 individu atau 95.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 3,373 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 8,736 kes dirawat di hospital dan 368 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 223 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
