Banjir kilat : Lapan PPS dibuka, tempatkan 300 mangsa

0
1

SEBANYAK lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di beberapa kawasan di Selangor bagi menempatkan mangsa banjir setakat jam 8.30 malam ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata lapan PPS dibuka di Dewan Camelia Seksyen 10 Putra Heights, Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman dan Dewan Puchong Jaya.

Tambahnya, PPS turut dibuka di Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35.

“Setakat ini, hampir 300 mangsa banjir terdiri daripada 56 keluarga ditempatkan di lapan PPS ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, hujan lebat selama dua jam di Lembah Klang petang tadi menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here