Ribut petir, hujan lebat di 12 negeri

0
1
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka bermula 24 Oktober ini sehingga Mac tahun depan dengan empat hingga enam episod hujan lebat diramal berlaku dalam tempoh tersebut.

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara sehingga jam 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di 12 negeri iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya; Melaka, Johor dan Labuan.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi); Pulau Pinang; Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Besut dan Setiu).

“Manakala Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); WP Kuala Lumpur; WP Putrajaya; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau); Melaka; Johor (Tangkak) dan WP Labuan sehingga 10 pagi; Selasa, 8 Mac 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here