Tiba masanya Bangsa Johor bangkit bersama PN – Azmin

0
1

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali yakin pengundi Johor akan memilih Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PN itu berkata pengundi negeri itu tidak mungkin akan memilih perasuah berbanding PN bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“Bangsa Johor tidak mungkin akan menerima perompak dan perasuah untuk memimpin negeri mereka. Justeru, saya menyeru Bangsa Johor untuk tolak BN kerana tanpa BN, Johor akan lebih sejahtera.

“Saya yakin, rakyat pelbagai kaum di Chaah sudah bersedia untuk membuat pilihan pada minggu hadapan.

“Sudah tiba masanya, orang Chaah, orang Labis dan Bangsa Johor akan bangkit untuk bersama Perikatan Nasional dan membentuk kerajaan baharu di Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu beliau berkempen di Bandar Chaah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok.

Menurut Mohamed Azmin, PN menerima sambutan hangat daripada penduduk kawasan tersebut biarpun cuaca panas terik.

Berikutan itu beliau berharap Warga Chaah dari pelbagai kaum keluar beramai-ramai memberi sokongan buat calon muda PN, Tan Lek Khang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here