Polis siasat aktiviti menari sempena program Riuh

0
1

POLIS kini menjalankan siasatan berhubung aktiviti menari sambil mendengar muzik dalam satu majlis di Arena Warna, Ayer Hitam, Batu Pahat, membabitkan sekumpulan belia.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata, pihak polis telah menerima satu laporan berkaitan kejadian terbabit.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, aktiviti tersebut dipercayai berlaku pada 4 Februari lalu selepas pelancaran program Majlis Riuh Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Peraturan 16 Peraturan peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, PPN Fasa 4 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan belia sedang menari sambil mendengar muzik dalam satu majlis di Arena Warna, Ayer Hitam, Batu Pahat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here