Kolej Komuniti Satelit Pontian bakal jadi Kolej Komunti Penuh – PM

0
1

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi membolehkan status Kolej Komuniti Satelit di Pontian, dinaiktarak kepada Kolej Komuniti penuh.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata seperti diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), terdapat empat lagi kolej komuniti di Johor bakal mempunyai kampus tetap.

Ia melibatkan Kolej Komuniti Bandar Tenggara; Kolej Komuniti Pagoh; Kolej Komuniti Parit Sulong; dan Kolej Komuniti Simpang Renggam.

“Semua projek ini melibatkan kos atau siling peruntukan kira-kira RM61.2 juta,” katanya ketika merasmikan Kolej Komuniti Satelit di Pontian hari ini.

Kolej komuniti tersebut adalah kolej satelit kedua seumpamanya ditubuhkan selepas Kolej Komuniti Satelit di Parit Sulong, yang mana kedua-duanya di Johor.

Sementara itu Ismail Sabri berkata terdapat pelbagai aktiviti dan kursus ditawarkan di Kolej Komuniti Satelit Pontian antaranya program keusahawanan, kelas komputer, jahitan dan katering.

“Semuanya bertujuan memperkasakan komuniti setempat, terutamanya dari segi sosioekonomi.

“Besar harapan saya agar penubuhan Kolej Komuniti Satelit di Pontian ini akan dimanfaatkan secara optimum oleh penduduk Pontian.

“Kursus yang ditawarkan mestilah sepadan dengan keperluan di komuniti bagi membolehkan kebolehpasaran graduan,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here