Ibu Que Haidar meninggal dunia terkena jangkitan Covid-19

0
1

IBU pelakon Que Haidar, Rahmah Hussein, 68, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, awal pagi tadi.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata, ibunya juga menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, masalah jantung dan darah tinggi.

Menerusi laporan sebuah akhbar, Que memberitahu kali terakhir dia pulang ke kampung bertemu arwah ibu, Januari lalu.

Dalam hantaran InstaStory, pelakon itu memuat naik beberapa ucapan daripada rakan artis yang mengucapkan takziah kepadanya selepas kehilangan bonda tercinta.

Jenazah Allahyarham Rahmah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, Kulai, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here