Fazlina Ahmad Daud positif Covid-19

0
1

PELAKON, Fazlina Ahmad Daud disahkan positif Covid-19 hari ini selepas melakukan empat kali ujian ujian RTK-Antigen Saliva kendiri sejak Jumaat lalu.

Berita sedih itu dikongsikan Fazlina menerusi Instagram miliknya hari ini.

“Tumpas dengan Covid. Pagi tadi buat nasal and saliva test. Pada yang ada jumpa Faz sejak Jumaat minta tolong test ya.

“Semalam, Sabtu 5 Mac demam sikit, test negative dan pagi tadi tak puas hati, test lagi dua kali ternyata ramalanku benar,” tulisnya.

Sehubungan itu, adik kepada Fauziah Ahmad Daud atau kak Ogy itu memohon maaf dan meminta semua pihak terutama rakan-rakannya untuk melakukan ujian Covid-19.

“Maaf pada rakan-rakan kerja atau sesiapa saja yang ada close contact dengan Faz sejak Jumaat 5 Mac. Doakan Faz dan keluarga kuat semangat dengan ujian Ini. Aamiin. Take Care, Stay Safe dan jaga SOP,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon dan juga kakaknya Fauziah turut memohon semua pihak agar mendoakan adiknya Fazlina kembali pulih.

“Tolong semua mendoakan adik saya Fazlina Ahmad Daud, dia positive, dah booster bagai kena juga. Ujian buat adik saya.

“Tolong ya mendoakan adik saya cepat sembuh. Terima kasih ya dan semoga kita semua sentiasa di dalam pemeliharaan Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamiin,” katanya menerusi Instagram miliknya. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here