DAP dakwa ada calitan kertas undi pos

0
1

DAP membangkitkan isu berhubung kertas undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan aduan mengenai insiden calitan pada kertas undi berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu membangkitkan kebimbangan sama ada undi berkenaan akan dikira dan dianggap sah.

“Bagaimana pula secara kebetulan calitan berlaku pada kotak calon BN?” katanya dalam sidang media di Batu Pahat, semalam.

Guan Eng berkata, berdasarkan peraturan pilihan raya, pengundi boleh melukis “bulatan, penyu atau ular” di sebelah nama calon dan ia akan dikira sebagai undi untuk calon berkenaan.

Beliau turut berkongsi gambar kertas undi pos yang menunjukkan calitan itu bersebelahan dengan nama Ter Hwa Kwong, iaitu calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram.

Hwa Kwong dicabar oleh Sia Wee Yet dari Perikatan Nasional (PN) dan Gan Peck Cheng dari Pakatan Harapan (PH).

Guan Eng berkata, pengundi yang menetap di Kuala Lumpur itu berdepan risiko undinya diisytihar tidak sah jika mengundi mana-mana calon lain.

“Menurut peraturan pilihan raya, sesuatu undi dianggap tidak sah sekiranya pengundi menandakan lebih daripada seorang calon.

“Jika dia menyokong PH dan letakkan tanda ‘palang’, adakah undi akan menjadi tidak sah?,” soal Guan Eng. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here