Covid-19: 33,406 kes baharu dilaporkan semalam

0
2
Seorang polis KTM Berhad memantau dan mengawal orang ramai supaya tidak melebihi garisan kuning sebelum ketibaan ETS KTM Berhad di KL Sentral hari ini.

MALAYSIA melaporkan 33,406 kes baharu Covid-19 semalam, sedikit meningkat berbanding 33,209 kes dicatatkan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 33,064 adalah kes tempatan manakala baki 342 lagi adalah kes import.

Katanya, jumlah keseluruhan kes sejak wabak tersebut melanda negara kini meningkat kepada 3,595,172.

Menurutnya, daripada keseluruhan kes semalam, 13,157 kes melibatkan Kategori 1; 20,035 kes (Kategori 2; 92 kes (Kategori 3); 69 kes (Kategori 4); dan 53 kes (Kategori 5). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here