Debat Presiden MCA – Guan Eng tak jadi

0
1

CABARAN debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak akan menjadi kenyataan.

Ia selepas polis dilaporkan tidak memberi kebenaran untuk program dianjurkan, lapor Malaysiakini.

Portal itu melaporkan, Setiausaha MCA Johor, Ng Keng Heng mengesahkan beliau dia menerima notis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang memaklumkan permohonan mereka mengadakan debat itu ditolak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Lim Jit Huey turut mengesahkan perkara tersebut.

Debat tersebut dijadualkan berlangsung jam 2 petang hari ini di Johor Bahru.

Semalam Ka Siong menerusi hantaran di Facebooknya mengajak Guan Eng untuk berdebat dan meminta pemimpin DAP itu agak ‘jangan lari’.

“Pentas debat telah pun disediakan dan segala persiapan untuk debat telah pun disempurnakan. Jangan tak hadir esok, saya tunggu.

“Guan Eng boleh bawa sekali YB Teo Nie Ching sebagai pembantu dalam debat ini. Satu lawan dua pun tak apa, asalkan Guan Eng berani hadir,” tulisnya dalam hantaran itu.

Ka Siong turut berkongsi gambar pentas debat yang telah disiapkan MCA. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here