Pejuang tawarkan perubahan, tapi biar rakyat yang menentukan

0
2

PARTI Pejuang membawa perubahan kepada landskap politik negara namun terserah kepada kematangan rakyat untuk memberi mandat siapa wakil rakyat pilihan mereka.

Itulah cara kempen Pejuang yang ditawarkan kepada rakyat Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, 12 Mac lalu.

Calon Pejuang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, Datuk Ibrahim Shafe’e , berkata beliau membiarkan rakyat atau pengundi yang menentukan untuk menerima tawaran parti mengenai perubahan tersebut.

“Perubahan yang dimaksudkan ialah bebas politik kotor, kleptokrasi, amalan rasuah dan pengkhianatan.

“Kita tawarkan perubahan yang ingin kita bawakan, Pejuang tidak menjanjikan langit dan bintang kepada rakyat, tetapi menawarkan perubahan yang lebih baik demi masa depan rakyat dan negara,” katanya ditemui Malaysiapost, di Bukit Naning, hari ini.

Ditanya apakah visi beliau sekiranya menang di DUN Bukit Naning, Ibrahim menjelaskan, beliau ingin menjenamakan perkataan Naning yang bermaksud sengat itu menjadi terkenal.

“Saya akan membawa menjenamakan perkataan Naning itu menjadi buah mulut masyarakat Malaysia.

“Contohnya Mee bandung, kita buat Mee Naning. Kalau orang sebut pun Mee Naning Johor atau Mee Naning Kedah.

“Saya akan berusaha membantu rakyat keluar pada kotak, kita jenamakan produk kita, martabatkan Naning itu sendiri di seluruh dunia, sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di Bukit Naning,” katanya.

DUN Bukit Naning akan menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan Ibrahim akan turut berdepan penyandang Ysahrudin Kusni dari PKR dan Ketua Bahagian Umno Bakri Datuk Mohd Fuad Tukirin.

Dua lagi calon lain yang bertanding di DUN berkenaan adalah Mahadzir Abu Said (Perikatan Nasional) dan calon Bebas, S Jeganathan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 12 Mac manakala undi awal pada 8 Mac. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here