115 kes kematian Covid-19 semalam bukan bilangan mutlak – KJ

0
2

Nilam Oshman

JUMLAH kematian baharu Covid-19 sebanyak 115 kes yang dilaporkan semalam adalah yang tertinggi sejak varian Omicron melanda negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, jelasnya daripada jumlah itu, 62 kes berlaku dalam masa 72 jam, manakala selebihnya melebihi 72 jam.

“Sejak 7 Oktober 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan sebanyak 132 kes kematian dan kali terakhir tiga angka laporan kematian diumumkan pada 12 Oktober 2021, iaitu sebanyak 103 kematian.

“Jadi, perlu saya jelaskan pada hari ini untuk kita berikan sedikit perincian berkenaan pada yang sedang berlaku. Pertama adalah format pelaporan, pada 1 Mac lalu, proses pelaporan kematian telah pun ditambahbaik dan diumumkan mengikut per angka pelaporan yang diterima daripada lapangan setiap hari. Ini adalah dari segi laporan proses telah diubah.

“Ini kerana sebelum ini pelaporan yang diterima hanya diumumkan setelah proses pendaftaran kes diperingkat negeri selesai. Dan ada kalanya mengambil masa yang agak panjang sebelum diumumkan.

“Oleh itu, terdapat sebilangan kes tertunda untuk diumumkan dan ia satu daripada faktor menyumbang kepada backlog bagi pengumuman kes kematian akibat Covid-19,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, bagi memastikan ketepatan masa atau garis masa pelaporan kematian Covid-19, kes kematian tidak lagi menunggu pendaftaran kes, namun perlu dilaporkan dalam tempoh masa 72 jam setelah kematian terjadi sebagaimana yang ditetapkan oleh KKM.

“Sehingga 2 Mac, ‘region round time’ bagi pelaporan kes kematian di Malaysia adalah tiga hari dan maklumat ini turut dipaparkan melalui COVIDNOW.

“Jadi, saya harap dengan ini kita akan dapat lebih timely delta dan ia bukan pelaporan daripada beberapa hari, sebaliknya beberapa minggu sebelum pelaporan.

“Bilangan kematian diumumkan bukan bilangan kematian yang terjadi dalam satu hari seperti dinyatakan sebentar tadi satu pelaporan dalam jangka masa 72 jam bagi kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut dilapangan sebagai contoh kajian bedah siasat, ujian makmal..yang boleh mengambil sehingga empat hingga enam minggu untuk dilaporkan atau diumumkan,” katanya.

Khairy, turut memaklumkan bahawa cara dan pendekatan menyeluruh perlu diambil terutama dalam melihat data kematian.

“Kematian tidak merujuk kepada bilangan mutlak setiap hari tetapi juga yang paling utama melihat kepada kadar kematian kes iaitu jumlah kematian kita bahagikan dengan semua kes baru lah kita tahu ‘severity of the wave’.

“Jadi kalau kita ambil jumlah mutlak, Ia tidak menggambarkan apa yang sedang berlaku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here