115 kematian baharu Covid-19

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

JUMLAH kematian baharu akibat Covid-19 menunjukan peningkatan dengan 115 kes dilaporkan semalam termasuk 36 kes yang diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Angka itu membabitkan peningkatan sebanyak 37 kematian berbanding 78 kes kematian yang dilaporkan kelmarin dan jumlah itu menjadikan keseluruhan kematian akibat wabak berkenaan kini adalah 32,942 kes (6,780 BID).

Manakala kes baharu harian Covid-19 yang dilaporkan semalam turut meningkat dengan mencatatkan sebanyak 27,500 kes berbanding 25,854 kes kelmarin, menjadikan 3,496,090 kes kumulatif sejak wabak berkenaan melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam, kes import adalah 428 kes membabitkan 389 warganegara dan 39 bukan warganegara.

Menurutnya, kes tempatan pula adalah 27,072 kes membabitkan 25,904 warganegara dan 1,168 bukan warganegara.

“Daripada 27,500 kes harian yang dilaporkan semalam, 189 kes (0.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
27,311 kes (99.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 membabitkan 9,292 kes ; Kategori 2, sebanyak 18,019 kes; Kategori 3, pula 71 kes; Kategori 4, sebanyak 38 kes; dan Kategori 5, adalah 80 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daripada 189 kes Covid-19 Kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam, 25 kes daripadanya tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 89 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sebanyak 38 kes telah menerima dos penggalak; 65 kes berumur 60 tahun dan ke atas; 51 kes mempunyai komorbid dan
satu kes membabitkan ibu mengandung,” katanya.

Menurutnya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 360 kes membabitkan 139 kes disahkan Covid-19; manakala 221 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 194 kes (77 kes disahkan Covid-19; 117 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh baharu adalah 27,557 kes menjadikan 3,169,669 kes kumulatif sembuh.

“Sembilan kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhan 6,798 kluster setakat ini dengan 6,323 kluster telah tamat, manakala 475 kluster masih aktif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here