929,733 kanak-kanak di Malaysia sudah terima vaksin Covid-19

0
1
vaksin uitm

SERAMAI 929,733 atau 26.2 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jumlah itu termasuk 25,016 dos yang diberikan semalam.

Menerusi data portal COVIDNOW, seramai 14,810,832 atau 62.9 peratus populasi dewasa di negara ini pula sudah menerima dos penggalak Covid-19 dalam tempoh sama.

Sejumlah 22,951,398 atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,231,225 atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 5,700,702 dos vaksin sudah diberi membabitkan 2,802,265 individu atau 90.1 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,898,437 atau 93.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, keseluruhan sebanyak 97,534 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 26,923 suntikan dos pertama, sebanyak 1,389 suntikan dos lengkap dan 69,222 suntikan dos penggalak.

Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini adalah kepada 67,416,313 dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here