25,854 kes baharu Covid-19

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

KES baharu harian Covid-19 yang dilaporkan semalam kembali meningkat dengan mencatatkan sebanyak 25,854 kes berbanding 23,100 kes kelmarin, menjadikan 3,468,590 kes kumulatif sejak wabak berkenaan melanda negara.

Jumlah kematian baharu akibat Covid-19 pula merekodkan sebanyak 78 kes termasuk 34 kes yang diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak berkenaan kini adalah 32,827 kes (6,744 BID).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam, kes import adalah 448 kes membabitkan 378 warganegara dan 70 bukan warganegara.

Menurutnya, kes tempatan pula adalah 25,406 kes membabitkan 24,543 warganegara dan 863 bukan warganegara.

“Daripada 25,854 kes harian yang dilaporkan semalam, 152 kes (0.59 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
25,702 kes (99.41 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 membabitkan 8,877 kes; Kategori 2, sebanyak 16,825 kes; Kategori 3, pula 87 kes; Kategori 4, sebanyak 37 kes; dan Kategori 5, adalah 28 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daripada 186 kes Covid-19 Kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam, 25 kes daripadanya tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 89 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sebanyak 38 kes telah menerima dos penggalak; 65 kes berumur 60 tahun dan ke atas; 51 kes mempunyai komorbid dan
satu kes membabitkan ibu mengandung,” katanya.

Menurutnya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 374 kes membabitkan 134 kes disahkan Covid-19; manakala 240 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 213 kes (74 kes disahkan Covid-19; 139 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh baharu adalah 25,548 kes menjadikan 3,142,112 kes kumulatif sembuh.

“Tujuh kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhan 6,789 kluster setakat ini dengan 6,314 kluster telah tamat, manakala 475 kluster masih aktif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here