SERAMAI 904,368 atau 25.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.
Jumlah itu termasuk 24,622 dos yang diberikan semalam.
Menerusi data portal COVIDNOW, seramai 14,736,569 atau 62.6 peratus populasi dewasa di negara ini pula sudah menerima dos penggalak Covid-19 dalam tempoh sama.
Sejumlah 22,950,422 atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,230,349 atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 5,699,006 dos vaksin sudah diberi membabitkan 2,801,714 individu atau 90 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,897,292 atau 93.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, keseluruhan sebanyak 101,038 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 26,476 suntikan dos pertama, 1,300 suntikan dos lengkap dan 73,262 suntikan dos penggalak.
Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini adalah kepada 67,313,182 dos. – Malaysiapost

