Nilat Rt negara menunjukkan penurunan – KJ

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=489731622523466&set=pb.100044598962055.-2207520000..

SEMPADAN negara akan sepenuhnya sekiranya kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) negara terus menunjukkan trend penurunan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kadar Rt kini dilihat turun secara berterusan dan kini berada di tahap 1.05, setakat tengah malam tadi.

Beliau berkata, namun ia adalah terlalu awal untuk mengatakan Malaysia kini sudah melepasi puncak penularan varian Omicron.

“Rt harian negara kini menurun secara berterusan. Terlalu awal untuk mengatakan kita melepasi puncak Omicron. Sebanyak 96 peratus kes aktif Covid-19 pulih di rumah dan kapasiti perkhidmatan di hospital dalam keadaan terkawal.

“Jika trend berterusan, pembukaan sempadan sepenuhnya dan langkah domestik yang lebih santai akan dilakukan #ReopeningSafely,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Khairy dalam sidang medianya sebelum ini memaklumkan tarikh bagi pembukaan sempadan negara sudah ditetapkan namun perkara itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan pintu sempadan negara dibuka pada 1 Mac ini, selepas kerajaan menutupnya sejak 18 Mac 2020, dua bulan selepas negara merekodkan kes pertama Covid-19.

Sementara itu, berdasarkan infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, menunjukkan Johor merekodkan nilai Rt terendah iaitu pada kadar 1.00.

Negeri paling tinggi nilai Rt adalah Perak dengan 1.32, diikuti Labuan (1.27), Sarawak (1.24), Terengganu (1.22), Perlis (1.21),Negeri Sembilan (1.17), Pahang (1.15), masing-masing pada kadar 1.13 iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Kedah pula merekodkan nilai Rt 1.11, dan Kelantan serta Melaka masing-masing merekodkan Rt 1.08 manakala Sabah (1.07). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here