24,466 kes baharu Covid-19

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

KES baharu harian Covid-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 24,466 kes menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 3,419,636 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.

Jumlah kematian baharu akibat Covid-19 pula adalah sebanyak 40 kes termasuk 17 kes yang diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak berkenaan kini adalah 32,674 kes (6,690 BID).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes baharu yang dilaporkan kes import adalah 246 kes membabitkan 208  warganegara dan 38 bukan warganegara.

Menurutnya, kes tempatan pula adalah 24,220 kes membabitkan 23,272 warganegara dan 948 bukan warganegara.

“Daripada 24,466 kes harian yang dilaporkan semalam, 105 kes (0.43 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

24,361 kes (99.57 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 membabitkan 8,704 kes; Kategori 2, 15,657 kes; Kategori 3, 51 kes; Kategori 4, 34 kes; dan Kategori 5, 20 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 353 kes membabitkan 146 kes disahkan Covid-19; manakala 207 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 193 kes (86 kes disahkan Covid-19; 107 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh baharu adalah 22,380 kes menjadikan 3,085,940 kes kumulatif yang sembuh.

“Jumlah kluster baharu dikesan lima kluster menjadikan keseluruhan 6,779 kluster setakat ini dengan 6,295 kluster telah tamat, manakala 484 kluster masih aktif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here