Lebih 800,000 kanak-kanak di Malaysia sudah divaksin

0
1
vaksin uitm

SERAMAI 846,486 atau 23.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jumlah itu termasuk 40,588 dos yang diberikan semalam.

Menerusi data portal COVIDNOW, seramai 14,578,408 atau 62.0 peratus populasi dewasa di negara ini pula sudah menerima dos penggalak Covid-19  dalam tempoh sama.

Sejumlah 22,948,424 atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,228,204 atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,800,661 individu atau 90 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,894,898 atau 93 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 101,136 dos vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 42,144 suntikan dos pertama, 537 suntikan dos lengkap dan 58,455 suntikan dos penggalak.

Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini adalah kepada 67,089,834 dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here