Malaysia-Thailand bakal laksanakan kajian HSR Kuala Lumpur-Bangkok

0
1

MALAYSIA dan Thailand akan mengadakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Bangkok.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu dipersetujui rakan sejawatnya, Prayuth Chan o-cha dalam pertemuan di Rumah Kerajaan di Bangkok, semalam.

Katanya, Malaysia sedang menjalankan kajian untuk melaksanakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di antara Kuala Lumpur – Bangkok, dan kebolehlaksanaan perkhidmatan HSR dari Kuala Lumpur ke Bangkok.

“Jadi, kami berbincang mengenai keperluan masa akan datang untuk membina keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Bangkok.

“Dalam hal ini, Malaysia dan Thailand bersetuju akan mengadakan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) dan kita akan meminta kementerian dan jabatan yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangkok yang disiarkan secara langsung di RTM dan Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menyatakan bahawa Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Thailand dalam memastikan keselamatan di sempadan kedua-dua negara kekal terjamin dan terpelihara.

“Bagi maksud ini, Malaysia komited untuk memperkukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan dengan Thailand, termasuk dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here