Malaysia-Thailand komited kerjasama tingkatkan IMT-GT

0
1

MALAYSIA dan Thailand komited untuk meningkatkan kerjasama dalam Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), terutamanya melalui pelaksanaan Kesalinghubungan Projek Fizikal (PCP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata adalah penting untuk Malaysia dan Thailand memberi fokus kepada tiga bidang tumpuan utama.

“Tiga bidang itu ialah Pertanian dan Industri Asas Tani; Pelancongan serta Produk dan Perkhidmatan Halal; dan merealisasikan Wawasan IMT-GT 2036 yang bersepadu, inovatif, inklusif dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangkok, Thailand, hari ini, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan melalui Facebook.

Dalam pada itu, mengenai keanggotaan Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam International Rubber Council (ITRC), Ismail Sabri berkata, beliau turut membangkitkan cadangan penawaran getah dalam negara masing-masing dikawal.

“Ia supaya dapat memberi manfaat kepada negara anggota dan manfaat yang sama buat pekebun-pekebun kecil getah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here