SPRM rekod keterangan Rohana

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Rohana memberi keterangan di ibu pejabat SPRM hari ini susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ia berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta (kira-kira RM41.8 juta) kepada Rohana.

“Siasatan akan dilakukan mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001,” menurut Harian Metro yang memetik sumber.

Baru-baru ini, perbicaraan kes 1MDB di Amerika Syarikat (AS) menjadi sensasi selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan sulit dengan Rohana.

Media antarabangsa melaporkan, Leissner mendakwa hubungannya dengan Rohana berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.

Hubungan mereka kemudian berakhir apabila Leissner berkahwin dengan selebriti Kimora Lee. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here