Remaja, kanak-kanak tidak perlu ‘booster’ – Dr Noor Hisham

0
1
dr noor hisham

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menegaskan bahawa golongan remaja dan kanak-kanak setakat ini tidak memerlukan dos penggalak vaksin Covid-19.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai terdapat pihak berkuasa agama negeri yang mengeluarkan ketetapan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak, dibenarkan hadir menunai solat Jumaat bermula hari ini.

“Setakat ini remaja dan kanak-kanak tak perlu dos penggalak,” jawabnya ringkas di ruangan komen Facebooknya bagi menjawab luahan seorang pengguna bernama Abdul Rahman.

Pengguna berkenaan mempertikaikan ketetapan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang hanya membenarkan jemaah yang telah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak hadir menunai solat Jumaat di masjid bermula hari ini.

“Salam Tan Sri, saya bersetuju sekiranya dewasa diminta booster (penggalak), namun agak zalim sekiranya yang PICKremaja tidak dibenarkan ke masjid, mereka baru sahaja terima dua dos.

“Harap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat menasihati JAIS. Sekiranya dewasa diminta booster kerana diluluskan KKM boleh diterima lagi, arahan JAIS seolah-olah tidak mendapat nasihat KKM yang menghalang remaja.

“Remaja juga perlu booster, harap KKM keluarkan kenyataan segera,” luahnya.

Sementara itu, tinjauan Malaysiapost di sebuah surau mendirikan solat Jumaat di Selangor hari ini, mendapati golongan remaja tetap dibenarkan hadir dan menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanapun, bilangan jemaah kelihatan sedikit berkurangan mungkin susulan ketetapan baharu yang dikeluarkan itu.

Berdasarkan ketetapan diedarkan secara dalaman oleh JAIS kepada pengurusan masjid, surau dan musolla negeri bertarikh 21 Februari lalu, menyatakan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan yang dikeluarkan JAIS bertarikh 20 Januari lalu.

Ketetapan bertarikh 20 Januari lalu itu, menjelaskan mengenai Ketetapan Baru Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat Dengan Kapasiti Penuh Serta Penjarakan Fizikal 1.0 Meter Antara Jemaah Di Semua Masjid, Surau Kebenaran Solat Jumaat Di Selangor.

Bagaimanapun, susulan perkembangan terkini penularan Covid-19 dan kebimbangan baginda akan berlaku situasi lebih buruk dan menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla semasa dan selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, baginda berkenan agar pentadbir masjid, surau dan musolla mempertingkatkan penguatkuasaan.

Antara perkara ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here