Akibat positif Covid-19, Pejuang tukar calon saat akhir

0
1
logo parti pejuang

PARTI Pejuang Tanahair (Pejuang) memutuskan untuk menukar calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau menjelang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

Ia selepas calon awal, Zaini Tahar disahkan positif Covid-19 dan tidak hadir majlis pengumuman calon Pejuang di Muar, semalam.

Mohd Noorhisyam Ibrahim

Sambil melahirkan rasa dukacita dengan situasi itu, Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin berkata pimpinan parti telah menetapkan untuk menukar calon kepada Mohd Noorhisyam Ibrahim.

Dalam PRN Johor ini, Pejuang akan bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here