Hujan sangat lebat berterusan, angin kencang dijangka landa Semenanjung

0
1
KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2021. Petugas PDRM kehujanan ketika menunggu Raja-raja Melayu tiba di Istana Negara bagi mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu.

SISTEM cuaca tekanan rendah yang kini berada di Laut China Selatan dijangka melanda sempadan Pahang dan Terengganu pada lewat malam 25 Februari, seterusnya bergerak ke barat laut merentasi Semenanjung.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan itu boleh menyebabkan hujan sangat lebat berterusan dan angin kencang.

Katanya, ia dijangka melanda kebanyakan kawasan di Semenanjung dalam tempoh sehingga 26 Februari 2022.

“Ramalan terkini menunjukkan kemungkinan sistem ini untuk meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah.

“Pada masa sama, luruan monsun sedang berlaku dan MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk & Waspada) untuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan berkuat kuasa sehingga 26 Februari 2022,” katanya.

Sehubungan itu Muhammad Helmi berkata, orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

“Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi.

“Orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here