Keluar bangunan jika rasai gegaran – Met Malaysia

0
1

ORANG ramai dinasihatkan untuk mencari tempat perlindungan dan keluar dari bangunan apabila merasai gegaran.

Nasihat tersebut dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) susulan gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud dilaporkan di utara Sumatera, Indonesia pada jam 9.39 pagi tadi.

“Selain itu, perlulah sentiasa peka dengan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Sila dapatkan maklumat gempa atau tsunami terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia laitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638,” kata Met Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, gempa bumi kuat dilaporkan berlaku pada koordinat 0.2 darjah Utara dan 100 darjah Timur, sekali gus gegaran turut dirasai beberapa negeri di Malaysia.

“Berikut kejadian gempa tersebut, gegaran telah dilaporkan dirasai di hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia terutamanya di Lembah Klang.

“Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia dan gempa susulan yang bermagnitud kecil dijangka tidak akan mengakibatkan gegaran yang dirasai di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Gegaran yang disebabkan gempa bumi itu turut dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here