Keluarga terdekat Neelofa masih tiada gambar Muhammad Bilal

0
1

“MEREKA minta gambar pun kami tak bagi,”. Itu jawapan ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengulas berkenaan gambar cucunya, Muhammad Bilal.

Menurut Noor Kartini, dia menyerahkan keputusan kepada Neelofa berkenaan waktu yang sesuai untuk berkongsi wajah anaknya kepada umum.

Katanya, keluarga di Kelantan juga masih tidak dapat melihat wajah Muhammad Bilal meskipun telah di minta gambar cucunya itu.

“Saya tak pernah sebab keluarga terdekat di Kelantan pun tiada gambar Bilal. Jika diikutkan setiap hari dia (Neelofa) akan mengirimkan gambar Bilal walaupun setiap hari berjumpa mereka. Namun, saya tidak akan ambil gambar atau tanya bila dia mahu kongsi.

“Biarlah dia sendiri yang buat keputusan. Kita hormat pilihannya. Saya pun kalau ikutkan banyak benda nak tanya tapi tidak diluahkan sebab ini adalah kehidupan dia.

“Saya percaya sekarang ini pun sudah ramai yang bertanya bila dia mahu dedahkan wajah Bilal, jadi sebagai ibu saya kurangkan pertanyaan itu,” katanya dalam temu bual bersama sebuah akhbar.

Ujar Noor Kartini, Neelofa tidak berdepan masalah untuk menjaga Muhammad Bilal dan cepat belajar.

Ianya kerana bekas pengacara MeleTop itu mempunyai pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini.

“Selepas berpantang di hospital dan di rumah saya selama seminggu, Neelofa kini memilih untuk berpantang di rumahnya sendiri kerana lebih memberi keselesaan.

“Namun, setiap hari saya akan luangkan waktu di rumahnya selama beberapa jam. Walaupun dia sudah ada pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini, tapi menjaga anak sendiri sangat berbeza.

“Jadi sebagai ibu saya cuba ingatkan mana yang patut. Neelofa seorang yang cepat belajar dan tiada masalah untuk menyesuaikan diri bergelar isteri dan ibu,” katanya lagi.

Neelofa selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.

Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here