Sajjad tetap lelaki – Ahmad Marzuk

0
1

USAHAWAN kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat tetap lelaki di Malaysia mengikut jantina yang telah termaktub dalam kad pengenalannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata ini kerana kad pengenalan merupakan dokumen sah digunakan di negara ini yang mengandungi butir peribadi jantina setiap rakyatnya.

“Itu negara lain, dalam negara kita dia (Sajat) tetap lelaki sebagaimana yang ada di kad pengenalannya di negara kita, itu kita gunakan.

“Dokumen yang sah itulah menentukan jantina dia, sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk menentukan jantina itu kita tidak campur,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian mengulas laporan menyatakan usahawan kontroversi itu berjaya menukar jantinanya di Australia.

Semalam, Sajat mendedahkan dirinya sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Dia membuat pengakuan itu menerusi live di Instagramnya sambil berasa seperti baru dilahirkan semula kerana gembira proses menukar jantina di Australia dibenarkan dengan mudah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here