Malaysia catat 27,179 kes baharu semalam

0
1
Petugas melakukan ujian saringan Covid-19 kepada Amy Goh, 21 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

KES baharu Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan angka yang tinggi apabila merekodkan 27,179 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 3,273,958 sejak virus maut itu melanda negara.

Ia juga menyaksikan Malaysia melaporkan kes harian melebihi angka 20,000 untuk 12 hari berturut-turut sejak 11 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes harian itu membabitkan 27,059 kes tempatan dan 120 kes import.

“Sebanyak 99.37 peratus atau 27,179 kes adalah pesakit dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, selebihnya 172 kes bersamaan 0.63 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.

“Daripada 172 kes kategori 3, 4 dan 5, sebanyak 51 kes iaitu 29.65 peratus tidak atau belum divaksinasi, 91 kes sudah menerima dua dos vaksin dan 30 kes sudah menerima dos penggalak.

“Manakala, 67 kes berumur 60 tahun ke atas, 93 kes mempunyai komorbid, enam kes ibu mengandung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan sembilan kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kluster setakat ini adalah 6,732 kluster dengan 6,227 kluster telah tamat dan 505 kluster masih aktif.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 19,037 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,974,441 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here