Aksi menonggeng: ‘Kami terbuka, tak fikir perkara tidak senonoh’ – Kak KM

0
1
kak km

TIDAK lama selepas Liana Rosli atau Kak KM dikecam menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada, kali ini usahawan sensasi itu mencuri tumpuan netizen selepas dikatakan menari dengan aksi menonggeng di depan sekumpulan lelaki.

Tidak berdiam diri, anak pelakon veteren, Normah Damanhuri tersebut tampil mempertahankan tindakannya itu.

Menurut Kak KM, sekumpulan lelaki yang dimaksudkan itu terdiri daripada ahli keluarga termasuklah suaminya sendiri, Razman Ramli.

“Mereka semua itu adalah adik-beradik saya dan juga suami. Kami memang sporting kalau mahu buat video cabaran seperti yang popular di media sosial.

“Kami memang terbuka dan tidak fikir perkara yang tidak senonoh,” jelasnya dalam sebuah video di Instagram.

Mengulas mengenai kecaman netizen atas kontroversi yang sering timbul, Kak KM bagaimanapun tidak mahu ambil peduli kerana baginya itu adalah salah satu strategi pemasaran dalam perniagaan.

Namun begitu, tegas ibu kepada empat orang anak itu meminta netizen tidak bercakap buruk mengenai ibu dan ahli keluarganya yang lain.

“Kalau saya baca setiap komen di media sosial, rasanya dah masuk ICU sebab sakit hati dengan semua kecaman. Sebagai seorang usahawan, ini adalah cara saya menggunakan platform media sosial sebagai medium pemasaran.

“Biarlah apa orang nak kata tentang diri saya, tetapi jangan ‘sentuh’ ibu dan adik-beradik saya. Itu memang boleh buat saya marah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, rata-rata netizen berpendapat menari dengan aksi tidak senonoh seperti itu tidak sesuai walaupun di depan kenalan rapat dan ahli keluarga.

“Kak KM tak malu ke tunjuk punggung depan kawan suami dia? Lagipun awak tu perempuan Melayu dan Islam tolong la jaga adab,” kata Nuraisyah Mohd.

“Ini berpunca berfikiran terbuka dalam keluarga. Tapi dia tak boleh ditegur. Habis semua kena sound semula konon kata nak tumpang populariti dia. Patut kena banded dia ni,” kata Rid One Jasmi.

Usahawan jamu itu menyambut kelahiran anak keempatnya pada Disember tahun lalu yang diberi nama Cinta Carrisa.

Kak KM dan Razman turut mempunyai tiga orang anak lain iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, dan Rania Razman, 12. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here