17.3% kanak-kanak terima suntikan vaksin Covid-19

0
2

SEBANYAK 615,671 individu atau 17.3 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sejumlah 14,176,241 atau 60.3 peratus populasi dewasa di dalam negara telah menerima suntikan dos penggalak.

Sementara seramai 22,945,612 atau 97.5 peratus telah lengkap vaksinasi dan 23,223,983 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada masa sama, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,326 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,888,143 atau 92.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 147,742 dos suntikan vaksin telah diberikan melibatkan 51,849 suntikan dos pertama, 613 suntikan dos lengkap dan 95,280 suntikan dos penggalak.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,441,964. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here