Calon MB Johor: Sahruddin enggan ulas

0
2

“SAYA tidak mahu komen. Saya mudah saja dan akan mengikut arahan pemimpin parti,” kata Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media sama ada beliau akan dicalonkan sebagai Menteri Besar jika PN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor Berita Harian.

Setakat ini PN yang diwakili Bersatu, PAS dan Gerakan belum mengumuman calon Menteri Besar untuk berdepan PRN Johor.

Untuk rekod, Dr Sahruddin adalah bekas Menteri Besar Johor dari April 2019 hingga Februari 2020 sebelum digantikan dengan Datuk Hasni Mohammad daripada Umno.

Sementara itu Dr Sahruddin berkata PN akan menampilkan calon anak tempatan di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandinginya.

Senarai calon akan diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Beliau memaklumkan PN telah selesai memuktamadkan senarai 56 calon melalui pengagihan bersama kerusi antara ketiga-tiga parti.

“Calon PN mempunyai gabungan anak muda dan mereka yang berpengalaman, namun semua 56 calon yang bakal ditampilkan adalah anak tempatan di kawasan masing-masing yang aktif berkhidmat.

“Peratusan calon muda dan sebagainya hanya akan diketahui apabila pengumuman penuh calon dibuat pada Khamis ini.

“Namun insya-Allah, kita akan menampilkan ramai calon muda,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Setiausaha PN Johor di Iskandar Puteri malam tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here