Hishammuddin jalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera

0
2

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang disahkan positif Covid-19 semalam, dinasihatkan menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT).

Dalam satu kenyataan, Hishammuddin berkata beliau mengalami gejala akibat jangkitan virus itu namun kesihatannya dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, walaupun mengalami gejala namun buat masa ini saya berada dalam keadaan baik.

“Bagi memastikan tahap kesihatan saya terus berada pada tahap memuaskan, saya telah dinasihatkan agar menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi tujuan rawatan dan pemantauan,” katanya hari ini.

Hishammuddin berkata beliau menghargai ucapan dan doa yang diterimanya dan memohon maaf kerana tidak dapat membalas kesemua ucapan tersebut.

“Namun bagi pihak ahli keluarga, saya amat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesembuhan saya. Semoga ia dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Semalam, Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataan, memaklumkan Hishammuddin disahkan positif Covid-19 dan diperintahkan menjalani isolasi wajib. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here