Zulin Aziz sah bergelar isteri Farhan

0
1

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz, 33, sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini, 35, hari ini.

Setelah hampir sebulan mengikat tali pertunangan, pasangan mempelai itu dinikahkan di Masjid Negara pada jam 9.20 pagi tadi berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz.

Pada majlis tersebut, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran berjumlah RM30,000.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, bekas penyampai radio Suria FM itu kelihatan anggun mengenakan busana putih sedondon dengan suaminya.

Malam ini, pasangan sama padan sama cantik itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam.

Zulin dan Farhan bertunang pada 28 Januari lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here